UPSR TINGGAL LAGI

Carian Google

Google

LIVE RTM1

Pada 17Hb Januari 2009 bertempat di Perkarangan Sk.Tok Bali
Telah diadakan satu majlis Perlantikan Pengawas sekolah bagi sesi pengajian 2009

LANTIKAN PENGAWAS 2009

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 25.3.2009

MESYUARAT AGUNG PIBG 25.3.2009

LDP PERTAMA 2009 Sabtu 28 .3. 2009

LDP PERTAMA 2008 13.06.2008

LDP KALI KEDUA 19.07.2008

MAJLIS PENUTUP AADK 2008

Saturday, May 10, 2008

MOTIVASI 3 MEI 2008

Motivasi itulah salah satu usaha yang dilakukan oleh pihak pentadbiran sekolah dengan kerjasama PIBG untuk mengerakkan daya dan keinginan untuk belajar kepada murid-murid sebagai persediaan untuk menempuh peperiksaan UPSR yang akan menjelang tidak lama lagi. Sebagai langkah untuk meningkatkan prestasi sekolah,Hari ini pentadbiran telah menjemput salah seorang pakar motivasi yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini. Beliau ialah Tn.Haji Nik Mat Nik Lib. Program ini diadakan di dewan Sekolah Kebangsaan Tok Bali dengan kehadiran ibubapa kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan. Program bermula pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 10.30 pagi.Gambar majlis ada dalam slideshow dibawah...selamat menonton..

JUARA BOLA TAMPAR 2008

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2008

Sunday, May 4, 2008

INFO KESIHATAN

From: AZMI,MOHAMAD-RIZAL-BIN (A-Malaysia,ex1) Sent: Wednesday, January 16, 2008 4:55 PM

BEZA MENTEGA DAN MARJERIN

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka. Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru. TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega? Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru. Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai! Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun. Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan. Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK! Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan). Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini: Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut: *tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda) *ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda? BAGUSLAH KALAU DAH TAHU..Sebar2kan supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.

KENAPA KEMENTERIAN TIDAK KEMBALI KEPADA PERSOALAN UTAMA?

post info
By Admin
Categories: Isu semasa

Mohd Azmi Abdul HamidSat Dec 29, 07 11:33:23 am MYT

TERAS kesal dengan dasar pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran yang masih terus berdalih dengan pencapaian peperiksaan yang dianggap sebagai asas sama ada Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu diubah atau tidak.
Mengikut pihak Kemenerian, dengan alasan ada petanda keputusan PMR 2007 menunjukkan prestasi pelajar yang semakin baik dalam PPSMI menyebabkan dasar pengantar bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik sepatutnya terus disokong.
Bagi TERAS ini adalah alasan yang menunjukkan pihak Kementerian tidak mahu memberi perhatian kepada persoalan pokok iaitu kenapa bahasa Melayu masih disangsi sebagai bahasa yang boleh dijadi bahasa ilmu dalam mempelajari ilmu Sains dan Matematik serta kenapa kelemahan dalam kaedah pengajaran bahasa tidak mahu diatasi.
Persoalan yang sangat asasi ialah sama ada boleh atau tidak pelajar menguasai ilmu Sains dan Matematik dengan jauh lebih selesa dan berkesan jika diajar dalam bahasa Melayu?
Apakah di peringkat awal apabila pelajar sudah kuat asas kefahamannya terhadap ilmu Sains dan Matematik melalui bahasa yang mereka lebih selesa belajar iaitu bahasa Melayu , akan memudahkan lagi mata pelajaran itu dipelajari apabila meningkat ke peringkat lebih tinggi?
TERAS tetap berpendirian bahawa pihak kerajaan melakukan suatu kesilapan besar untuk meneruskan sistem PPSMI ini.
Dengan menunggu hingga tahun hadapan untuk membuat keputusan sama ada PPSMI akan diteruskan atau tidak, adalah memperjudikan masa pelajar yang amat merugikan.
Untuk menjalankan sesuatu dasar yang dianggap hanya di peringkat percubaan dalam bidang pendidikan adalah suatu tindakan yang sangat merugikan kerana ia melibatkan perbelanjaan dan masa pelajar yang tidak boleh diulangkembalikan lagi.
Persoalan pokok yang nampaknya terus diketepikan oleh pihak Kementerian ialah sejauhmana sistem pengajaran bahasa sepatutnya dipertingkatkan pengajaran dan pembelajarannya.
Sudah kerap ditekankan betapa penguasaan bahasa bukan dengan cara mengajar bahasa dalam pelajaran yang lain tetapi sejauhmana kaedah pengajaran bahasa itu berkesan atau tidak dalam jadual pembelajaran pelajar.
Kami kesal kenapa pihak Kementerian Pelajaran tidak mahu mengaku kelemahan pengajaran bahasa dan memberi tumpuan untuk memperbaikkinya.
Malangnya pihak Kementerian telah mengambil langkah yang sama sekali tidak berkolerasi dengan masalah yang sebenar.
Tiba-tiba pelajar dijadi sebagai bahan ujikaji untuk melalui suatu sistem pengajaran dan pembelajaran yang belum tentu kesannya. Pelajar yang melalui selama 11 tahun dalam sistem PPSMI ini tidak wajar dijadi bahan uji yang tidak menentu apa kesan masa depannya.
Keputusan PMR baru-baru ini yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran dikatakan menunjukkan prestasi Saians dan Matematik yang lebih baik. Akan tetapi beliau tidak memperincikan sejauhmana pelajar-pelajar itu benar-benar menguasai bahasa Inggeris seperti yang didakwa.
Kekhuatiran kami ialah ketika mana data kelulusan Sains dan Matematik dikatakan meningkat namun penguasaan bahasa Inggeris tidak menunjukkan kemajuan dan pencapaian bahasa Melayu pula menurun. Disini kekurangan dipihak tenaga pengajar begitu ketara walaupun berbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan. Ini suara-suara yang terdengar dari pihak tenaga pengajar sendiri, malah mereka juga meluahkan hakikat sebenar kepayahan mereka dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
TERAS tetap mengesa agar pihak kerajaan kembali kepada isu pokok iaitu penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang sudah cukup terbukti mampu melahirkan ahli sains dan teknokrat yang berwibawa dan ia berkaitan langsung dengan membentuk tamadaun bangsa yang berteraskan bahasa kebangsaan.

PPSMI

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI)


PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002.Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini. Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.Peranan BBT dalam PPSMIPeranan BBT telah bermula sejak 2002 sebaik sahaja kabinet memutuskan dasar PPSMI dilaksanakan mulai tahun 2003. BBT berperanan dalam menguruskan penghasilan dan pembekalan Pakej Buku Teks dan Buku Glosari Sains dan Matematik untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.Beberapa perubahan telah dilakukan oleh BBT yang melibatkan komponen bagi Pakej Buku Teks Sains dan Matematik dengan tujuan membantu guru dan murid dalam menjayakan program PPSMI ini. Antaranya, Pakej Buku Teks Mathematics Year 1 merangkumi komponen Buku Teks, Buku Latihan dan Aktiviti, CD-ROM untuk murid (MyCD), CD-ROM untuk guru dan Buku Panduan Guru. Semua komponen ini diterbitkan dalam dua jilid (Part 1 dan Part 2) bertujuan mengatasi masalah beg berat.Pada tahun pertama (2003) pelaksanaan PPSMI, pakej buku teks tambahan telah dibekalkan kepada semua sekolah. Pembekalan pakej buku teks tambahan ini adalah secara one off dan di bawah pengurusan SPBT sekolah. Pakej buku teks tambahan ini boleh dipinjamkan kepada murid untuk rujukan mereka dan juga bagi tujuan guru melaksanakan P & P Matematik di dalam bilik darjah.BBT turut menguruskan penghasilan Buku Glosari Sains dan Matematik untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Penghasilan buku glosari ini adalah sebahagian daripada Program Intervensi PPSMI yang dimulakan pada tahun 2005. Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk PPSMIBuku teks Sains dan Matematik yang dibekalkan ke sekolah di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) adalah secara berpakej. Penulisan pakej buku teks ini adalah berdasarkan keperluan dan hasrat yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sains dan Matematik masing-masing.Pakej Buku Teks Sains dan Matematik terdiri daripada beberapa komponen bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (p&p) di sekolah. Fungsi setiap komponen secara umumnya adalah seperti berikut: i) Buku Teks (Textbook)Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik. ii) Buku Latihan dan Aktiviti (Activity Book)Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) disediakan untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran sains dan matematik yang telah dipelajari daripada buku teks. BLA membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh murid. BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja. iii) Buku Panduan Guru (Teacher's Guide)Buku Panduan Guru disediakan untuk guru sebagai sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini juga membantu guru mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta merangsang kreativiti guru dalam P&P. Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu. iv) MyCD (Pupil's CD-ROM)MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan mengukuhkan kefahaman murid berkaitan konsep sains dan matematik yang telah mereka pelajari melalui persembahan multimedia. Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti secara interaktif, permainan, simulasi dan e-ujian. v) CD-ROM Guru (Teacher's CD-ROM)CD-ROM Guru bertujuan membantu guru dalam merancang dan melaksanakan P&P sains dan matematik. Antara kandungan di dalam CD-ROM Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang relevan dengan pendidikan sains dan matematik. CD-ROM Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Satu sahaja. vi) Buku Amali Sains (Science Practical Book)Buku Amali Sains diterbitkan untuk memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan melalui amali serta menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku Amali Sains adalah komponen Pakej Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja. Buku GlosariBuku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid untuk mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan lebih tepat. Selanjutnya »Senarai Pakej Buku Teks Yang Dibekalkan oleh BBT

PANORAMA 2

SAMBUTAN HARI GURU 2008